Keutamaan Sembahyang, Hukumnya dan Hadits-Hadits mengenainya

Share

Hadits-hadits berkenaan dengan  Solat

Hadits 1

Abdullah ibn Umar r.a meriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w bersabda,"Islam tertegak atas lima rukun: Bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain ALLAH dan Muhammad adalah hambaNya serta RasulNya; mendirikan solat; membayarkan zakat; mengerjakan haji dan puasa pada bulan Ramadhan."

Agama Islam adalah diibaratkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai sebuah khemah yang disokong oleh lima batang tiang.Tiang tengahnya ialah Kalimah Syahadah.Empat tiang lagi itu ialah tiang-tiang sokongan yakni satu tiang pada tiap satu penjuru khemah itu.Tanpa tiang tengah maka tiang itu tidak boleh ditegak dan sekiranya mana-mana satu dari tiang sokongan yang di penjuru itu hilang maka akibatnya runtulah penjuru khemah yang rosak itu.Kini marilah kita lihatlah dengan mata kita sendiri sejauh manakah yang telah kita tegakkan agama Islam itu.Benarkah tiap-tiap tiang itu telah ditegakkan pada tempatnya dengan sempurna?

Hadits 2

Abu Zar r.a meriwayatkan bahwa ada sekali Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya.Pada masa itu ialah musim daun-daun gugur.Baginda ambil ranting sebatang pohon yang daun-daunnya mulai gugur dengan lebatnya,seraya Baginda s.a.w bersabda,"Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana ALLAH,dosanya gugur seperti daun-daun ini gugur dari pohon ini".

Biasanya di musim daun-daun gugur,lebatlah daun-daun gugur dari pohonnya sehingga pada setengah-setengah pohon tak ada sehelai daun pun yang tinggal, begitulah kesannya solat yang dilaksanakan dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Segala dosa yang dilakukan oleh seseorang yang bersolat adalah dihapuskan.Bagaimanapun hendaklah diingat menurut ahlul kalam hanya dosa-dosa kecil saja yang terampun dengan solat.Dosa-dosa besar tidaklah terampun tanpa bertaubat.

Oleh itu,patutlah kita,disamping bersolat,jangan lupa beristighfar dan bertaubat.Semoga ALLAH s.w.t dengan limpah rahmatNya,mengampun juga dosa-dosa besar yang terlaku oleh seseorang berkat solatnya kerana ALLAH.

Hadits 3

Abu Usman r.a bekata,"Pada suatu hari Salman r.a dan aku sedang duduk di bawah sepohon kayu.Beliau ambil sebatang ranting kering dari pohon tersebut lalu menggoncang-goncangkannya hingga kesemua daunnya gugur.Kemudian kata beliau padaku,"

Hai Abu Usman! Mengapa kamu tidak tanya kenapa aku berbuat demikian ini?"

Sahutku,"Sila khabarkanlah padaku."

Kata beliau,"Beginilah Rasulullah s.a.w melakukan di hadapanku semasa kubersamanya di bawah sepohon kayu.Baginda ambil ranting kering pohon tersebut lalu menggoncang-goncangkannya hingga kesemua daunnya gugur seraya Baginda s.a.w bersabda,"Wahai Salman! mengapa kamu tidak tanya kenapa aku buat demikian ini?"

Sahutku,"Sila khabarkan padaku kenapa engkau buat begini."

Sabda Baginda, "Bahawasanya apabila seorang Islam mengambil wudhu dengan sempurna,kemudian dia laksankan solat lima kali pada sehari maka dosa-dosanya gugur seperti mana daun-daun ini gugur."

Lantas Baginda membaca ayat-ayat  Quran yang bermaksud  "Dirikanlah solat pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam,sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan perbuatan-perbuatan yang buruk(dosa) itulah peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat" (Hud 11:114)

Hadits 4

Abu Hurairah menceritakan menceritakan bahwa beliau mendengar Rasulullah s.a.w sekali bertanya pada sahabatnya,"Adakah kamu percaya bahwa kotoran melekat pada tubuh seorang yang mandi lima kali sehari dalam sungai yang mengalir di depan rumahnya?"

Jawab para sahabat,"Tidak,kotoran tidak akan melekat pada tubuhnya."

Sabda Rasulullah s.a.w,"Begitulah umpamanya kesan solat yang dikerjakan lima kali pada sehari.Dengan limpah rahmat ALLAH,ia menghapuskan segala dosa.”

Hadits 5

Jabir r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,"Lima kali solat setiap hari itu adalah seumpama sebuah anak sungai yang dalam mengalir di depan pintu rumah seseorang yang mandi di dalamnya lima kali sehari."

Pada umumnya air yang mengalir adalah bersih,tak kotor dan lebih dalam air itu mengalir lebih jernih dan lebih bersih ia.Bermandian di dalam air yang sebersih itu pastilah habis segala kotoran yang ada pada tubuh dan bersihlah ia.Solat yang dikerjakan dengan memberati segala rukunnya samalah ibarat dengan air sungai iaitu ia akan membersihkan jiwa dari segala dosa.

Ada banyak hadits yang seerti walaupun matanya berbeza sedikit yang dilapurkan oleh para sahabat Rasulullah s.a.w.

Hadits 6

Huzaifah r.a berkata apabila Rasulullah tersua dengan sesuatu kesulitan,lantas Baginda bersolat.Solat adalah satu rahmat yang besar dari ALLAH s.w.t bersolat pada ketika menghadapi sesuatu kesusahan adalah seumpama bersegera mencari rahmat ALLAH s.w.t dan apabila rahmat ALLAH itu tiba menyelamatkan pastilahbahawa bekas-bekas kesulitan itu tidak akan ada lagi.

Memang ada banyak mengenai amalan-amalan Rasulullah s.a.w seperti ini.Demikian ada banyak amalan para sahabat yang mengikuti amalan-amalannya yang sehingga sekecil-kecilnya pun.

Kata Abu Darda r.a ,"Apabila angin kencang meniup Rasulullah segera masuk ke masjid dan Baginda tidak akan keluar sehingga angin itu reda.Demikian juga pada ketika gerhana matahari atau bulan baginda akan bersolat."

Hadits 7

Ibn Sirin berkata, "Sekiranya aku dibenarkan memilih di antara Syurga dan solatdua rakaat maka akan ku pilih solat,sebabnya adalah jelas.Syurga adalah untuk nikmatku padahal solat adalah untuk nikmat ALLAH s.w.t.”

Rasulullah bersabda, "Alangkah dicemburuinya golongan orang-orang Islam yang paling sedikit mempunyai kesukaran; harta kekayaannya ialah solat; seumur hidupnya bersyukur dengan apa yang diperolehinya; menyembah Tuhannya dengan penuh khusyu'; hidup tanpa disanjung-sanjung dan mati muda dengan hampir-hampir tidak mempunyai harta-harta pusaka yang hendak diwasiatkan dan amat sedikit orang yang hendak mengkabunginya."

Dalam hadits lain Rasulullah s.a.w diberitakan sebagai bersabda,"Solatlah dirumah-rumahmu selalu agar rumah-rumahmu itu dicucuri rahmat serta rahim oleh ALLAH s.w.t."

Hadits 8

Abi Muslim At-Tighlibi r.a meriwayatkan,"Sekali daku pergi menemui Abu Umamah r.a tatkala beliau berada di dalam masjid.Daku bertanya pada beliau sekiranya beliau benar-benar mendengar Rasulullah bersabda bahawa apabila seseorang mengambil wudhuk dengan sempurna lalu menunaikan solat fardhunya,ALLAH s.w.t mengampun segala dosanya yang telah dilakukan pada hari itu oleh kakinya yang bergerak ke arah melakukan maksiat,oleh tangannya yang berbuat maksiat,oleh telinganya yang mendengra berita-berita maksiat,oleh matanya yang melihat maksiat dan oleh hatinya yang tersedik ke arah maksiat.”

Jawabnya,"Demi ALLAH!Daku mendengar perkataan ini dari Rasulullah s.a.w berkali-kali."

Ramai para sahabat Rasulullah s.a.w telah meriwayatkan Hadits ini dengan sedikit sebanyak bezanya.Mereka yang telah dirahmati dengan 'kasyaf' dapat menyaksikan dosa-dosa itu gugur.

Adalah diberitakan bahwa Imam Abu Hanifah dapat mengatakan dari air yang menititk dari anggota orang yang sedang berwudhuk dosa yang manakah yang telah diampun dengan wudhuknya itu.

Dari satu riwayat daripada Osman r.a Rasulullah s.a.w adalah diberikan telah memberi amaran kepada mereka yang bermegah melakukan maksiat dengan harapan dosa-dosa itu akan terampun dengan merngerjakan solat.

Sesungguhnya kita tidak ada alasan merasa megah atas hal ini.Pada halnya apakah mutu solat yang kita kerjakan? Andai kata ALLAH s.w.t membebaskan dari kewajipan-kewajipan kita maka itu adalah semata-mata belas kasihanNya. Melanggari perintah-perintah ALLAH s.w.t adalah satu-satunya perangai terkeji,kerana ALLAH s.w.t itu Pengasih,Penyayang lagi Pengampun.

Hadits 9

Abu Hurairah menceritakan,"Dua orang dari satu qabilah datang kepada Rasulullah s.a.w dan memeluk agama Islam serentak.Salah seorang darinya mati syahid dalam satu pertempuran dan seorang lagi meninggal dunia setahun kemudiannya.Talhah bin Ubaidullah r.a berkata bahwa telah melihat dalam mimpinya bahawa orang yang mati kemudian telah dimasuki ke dalam Syurga dahulu dari simati syahid itu.Ini menakjubkannya.Daku tidak ingat sama ada beliaukah atau orang lain yang menceritakan mimpi ini kepada Rasulullah s.a.w”.

Bagaimanapun Rasulullah s.a.w bersabda: "Bukankah orang yang mati kemudian itu berpuasa sebulan Ramadhan lebih dan bukankah beliau telah bersolat 6 ribu rakaat atau lebih semasa setahun yang beliau hidup setelah si syahid itu mati?"

Sesungguhnya kita tidak tahu berapa besar nilainya solat itu.Rasulullah s.a.w kerap didengar bersabda, "Sejuk pandangan mataku ialah di dalam bersolat." Ini adalah satu kenyataan betapa kasihnya beliau terhadap solat.Demi itu apakah lagi yang lebih nilainya dari solat.

Hadits 10

Ibn Mas'ud r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda "Menjelangnya waktu solat seorang malaikat adalah ditugas supaya menyeru:"Hai anak Adam! Bangunlah dan padamkanlah api yang sedang kamu nyalakan untuk membakari dirimu." Manusiapun bangun,berwudhuk dan sembahyang Zuhur.Ini menyebabkan dosa-dosa yang dilakukan sejak matahari terbit terampun.Demikianlah diulangi pada waktu Asar,Maghrib dan Isyak.Selepas Isyak orang tidur,tetapi ada sesetengah sibuk mengerjakan kebaikan dan selebihnya sibuk mengerjakan maksiat."

Salman r.a berkata: Selepas Isyak manusia adalah dibahagikan kepada tiga golongan.Ada setengahnya, malam hari itu padanya adalah sumber kebajikan dan keuntungan.Mereka itu menghabiskan malamnya dengan menyembah ALLAH s.w.t sementara orang lain nyenyak tidur, pada mereka malam hari itu mendatangkan pahala yang besar dari Tuhan mereka. Pada yang lain-lain malam hari menjadi bebanan dan kutukan baginya kerana mereka mengerjakan berbagai macam maksiat pada malam hari.Bagi mereka malam hari membawa kepayahan dan kesusahan.

Golongan yang ketiga pula ialah selepas sahaja Isyak terus tidur. Mereka untung tidak,rugipun tidak.

Hadits 11

Abu Qatasah r.a meceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "ALLAH berfirman,'Hai Muhammad! Aku telah mewajibkan lima kali solat sehari semalam bagi ummatmu.Aku telah berjanji dengan diriKu barang siapa mengerjakan solatnya pada ketika masuk waktunya,maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga.Ummatmu yang tidak menjaga solatnya tidak termasuk dalam perjanjian ini."

Adalah diriwayatkan di dalam sepotong hadits lagi bahawa ALLAH s.w.t telah mewajibkan sembahyang lima waktu dan barang siapa menjaga solatnya dengan berwudhuk dengan sempurna dan sembahyang pada ketika masuk waktunya dengan ikhlas dan khusyuk, ALLAH s.w.t menjamin iaitu dia akan memasuki syurga. Barang siapa tidak menjaga solatnya maka tidak ada jaminan ini baginya; dia mungkin diampun atau tidak.

Sesungguhnya solat merupakan satu ibadat yang tidak ternilai harganya.Ia memberikan kepada kita peluang mendapat jaminan ALLAH s.wt memasuki syurgaNya.Kita merasa puas hati dan gembira apabila seorang yang terhormat lagi kaya atau mempunyai kuasa pemerintah memberikan jaminan kepada kita untuk mendapat sesuatu dari keperluan duniawi ini dan kita menganggapnya sebagai tugas kitalah supaya kekal mentaatinya.Di sini ALLAH s.w.t memberikan jaminanNYa utk kebahagiaan abadi sesudah mati kerana bersembahyang lima kali sehari semalam yang tidak mengambil masa lama manapun.Kalau dengan inipun kita tidak mahu menerima peluang ini maka diri kita sendirilah yang harus dipersalahkan bagi menerima seksa yang menunggu kita.

Hadits 12

Ibn Salman berkata bahawa seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w menceritakan: "Apabila kami telah menang peperangan Khaibar,kami mulai membeli dan menjual antara kami harta-harta rampasan yang jatuh ke tangan kami.Salah seorang dari kami telah pergi menemui Rasulullah s.a.w dan berkata: "Ya Rasulullah;Tidak ada seorangpun yang mendapat keuntungan seperti yang aku perolehi dalam perniagaan hari ini." Rasulullah s.a.w bertanya: "Berapa banyakkah yang telah engkau dapati?"

Jawabnya,"Aku terus menjual dan membeli sehingga aku perolehi keuntungan bersih tiga ratus oqiyyah perak."

Rasulullah s.a.w bersabda: "Mahukah, aku memberitahukanmu  sesuatu yang lebih baik daripada itu?" Sahutnya "Beritahulah pada aku,Ya Rasulullah!" Rasulullah s.a.w bersabda: "Dua rakaat solat nafil selepas solat fardhu."

Di Pakistan dan di India wang sebanyak tiga ratus oqiyyah perak itu adalah kira-kira tiga ribu rupiah. Menurut Rasulullah s.a.w keuntungan di dunia yang fana ini tiada bandingannya dengan keuntungan abadi di akhirat.Hidup kita akan senang kalu kita suburkan iman kita sehingga solat nafil dua rakaat,pada pandangan kita adalah lebih berharga dari segala kekayaan di dunia ini.Solat adalah sesungguhnya perbendaharaan yang kaya dan itulah sebabnya Rasulullah s.a.w telah mengibaratkannya sebagai 'pengipur mataku' serta memerintahkan agar solat itu ditunaikan hingga ke akhir hayatnya.Ummu Salmah r.h.a memberitahu bahawa kalam yang akhir Rasulullah s.a.w yang hampir-hampir beliau tidak dapat tuturkan ialah memberati solat dan berlaku baik terhadap hamba sahaya. Ada juga sebuah hadits yang semakna dengannya yang diberitakan oleh Saidina Ali r.a.

Hadits 13

Salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w menceritakan bahawa satu malam beliau ke masjid.Beliau mendapati  Rasulullah s.a.w sedang berdiri dalam solat. Beliaupun ingin menyertainya.Lalu beliau berniat dan berdiri di belakang Rasulullah s.a.w Pada masa itu rasulullah s.a.w sedang membaca surah Baqarah.Beliau fikir bahawa pada akhir ayat yang ke seratus Rasulullah s.a.w akan berhenti membaca dan akan ruku',tetapi Rasulullah s.a.w tidak berbuat demikian.Beliau lantas berfikir barangkali Rasulullah s.a.w akan ruku' setelah selesai membaca ayat yang kedua ratus, di sinipun Rasulullah tidak berhenti. Beliau kemudian yakin bahawa Rasulullah s.a.w akan selesai dengan akhirnya surah itu. Apabila tamat surah itu Rasulullah s.a.w memuji ALLAH dengan 'Allahumma lakal hamdu' beberapa kali lantas mula membaca surah Ali Imran.Apabila tamat surah itu Baginda sekali lagi memuji ALLAH dengan 'Allahumma lakal hamdu' tiga kali lantas mulai membaca surah AL Maidah.Rasulullah s.a.w turun ruku'nya hanya selepas selesai surah ini.Dalam ruku' dan sujud Rasulullah s.a.w membaca tasbih dan beberapa doa lain yang tidak dapat beliau faham.

Pada rakaat yang kedua rasulullah s.a.w mulai dengan surah Al An'am selepas Al fatihah.Beliau tak dapat meneruskan solatnya lagi dengan Rasulullah s.a.w lalu beliau keluar dari solatnya itu dengan perasaan malas. Apa yang Rasulullah telah baca dalam satu rakaat adalah kira-kira seperenam daripada Al Quran.Lagi pula Rasulullah s.a.w telah membaca Al Quran itu dengan tajwid yang sempurna.Kita faham betapa lamanya satu-satu rakaat itu. Adalah kerana ini maka kaki Rasulullah s.a.w selalu didapati bengkak. Tetapi tidaklah seseorang itu merasa payah dan susah mengerjakan solat kalau hatinya telah dipenuhi dengan kemanisan solat itu.

Hadits 14

Sekali peristiwa sedang Rasulullah s.a.w duduk bersama-sama dengan para sahabatnya Baginda bersabda:"Tiga perkara dalam dunia ini yang sangat-sangat kuhargai; wangi-wangian; wanita dan solat - 'penyejuk mataku'.

Sahut Abu Bakar r.a. "Benar! Dan daku menghargai tiga benda - melihat wajahmu,membelanjakan harta kekayaanku atasmu dan bahawasanya anak perempuanku menjadi isterimu ya Rasulullah."

Sahut Umar r.a " Benar! dan tiga perkara yang paling aku cintai ialah - menegak kebenaran; mencegah kemungkaran dan memakai pakaian yang bertampung."

Sahut Osman r.a "Benar! Dan tiga perkara yang paling kucintai ialah- memberi makan orang yang lapar; memberi pakaian kepada orang yang telanjang dan membaca Al-Quran."

Sahut Ali r.a " Benar! Dan daku paling cinta tiga perkara ini- melayani tetamu,berpuasa pada hari yang panas terik dan memancung kepala musuh dengan pedangku."

Pada ketika itu Jibrail a.s pun muncul seraya berkata kepada Rasulullah s.a.w "ALLAH s.w.t telah mengutuskan daku supaya memberitahukan padamu apa yang daku cinta sekiranya daku ini seorang manusia."

Sahut Rasulullah s.a.w "Khabarkanlah kepada kami ya Jibrail."

Kata Jibrail a.s " Sekiranya daku serupa kamu, daku akan cinta tiga perkara- memimpin orang yang sesat, mengasihi mereka yang solat dalam keadaan miskin dan papa  dan membantu keluarga orang-orang miskin, dan bagi ALLAH s.w.t Dia mencintai tiga perkara dari para hambaNya- Yang berjuang pada jalanNya,  yang menangis pada ketika bertaubat dan yang teguh sabar pada masa lapar dan dahaga."

Hadits 15

Hafiz ibn Qayyum menulis bahawa solat menjamin nafkah harian, menyihatkan kesihatan badan,menghilangkan penyakit,meneguhkan hati,memberi cahaya cahaya dan kecantikan pada wajah,menggembirakan ruhani,menyegarkan tubuh badan dari rasa malas,melegakan fikiran,memberi makanan ruhani,mencerahkan hati dan menjamin keredhaan ALLAH s.w.t Ia menjadi pelindung pada hari Qiamat.Ia menjauhkan syaitan dari kita untuk mendekati ALLAH s.w.t. Pendek kata solat adalah satu jaminan bagi segala yang diidam-idamkan dan satu benteng bagi segala yang tidak diingini untuk jasad dan ruhani- sama ada di dunia maupun di akhirat.

Hukum Meninggalkan Solat

Dalam Hadits yang lain Rasulullah bersabda, 'Lima waktu sembahyang yang Allah wajibkan ke atas hamba-Nya. Sesiapa yang melakukannya dengan baik dengan tidak meringankan hak-Nya, maka Allah menjanjikan dia dimasukkan ke dalam syurga dan bagi sesiapa yang tidak melakukannya, maka Allah tidak mempunyai janji dengannya. Jika Dia (Allah) mahu Dia akan menghukumnya dan jika Dia mahu, Dia akan mengampuninya'. (H.R. Ahmad, Abu Daud & Al-Nasaei)

Firman Allah, 'Apakah yang menyebabkan kamu masuk neraka? Jawab orang-orang yang bersalah, 'Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang yang mengerjakan sembahyang'. (Al-Mudassir : 42-43)

Bersabda Rasulullah, 'Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka Allah dan Rasul-Nya tidak akan bertanggungjawab terhadapnya'. (H.R. Ahmad)

Untuk menjelaskan persoalan tersebut marilah wahai saudara ku sekelian kita merenung dan melihat tentang sebuah Hadits Rasulullah s.a.w. yang antara lain bermaksud:

Daripada Jabir r.a bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: “Perbezaan antara kufur dan iman itu ialah meninggalkan sembahyang"

Hadits di atas dengan tegas menerangkan kepada kita bahawa perbezaan antara seorang yang mukmin dengan seorang yang kafir itu sudah dapat dilihat dari sudut zahirnya dengan meninggalkan sembahyang.

Pendapat Pertama:

Ertinya menurut zahir Hadits ini sudah cukup untuk menjadi kafir hanya dengan meninggalkan sembahyang. Walaubagaimana pun menurut pandangan ulama hukum mereka yang meninggalkan sembahyang dapat dilihat dari berbagai sudut.  

Antaranya ialah mereka yang meninggalkan sembahyang dengan satu keyakinan bahawa sembahyang itu tidak menjadi kewajipan terhadap dirinya. Atau dengan ia mengatakan sembahyang itu tidak wajib ke atasnya. Maka ijma al-muslimin orang yang berkenaan telah jatuh kafir dan pada saat tersebut terkeluarlah ia dari agama Islam.

Pendapat Kedua:

Kedua mereka yang meninggalkan sembahyang kerana malas dan masih beriktikad tentang kewajipan sembahyang tersebut. Keadaan ini terdapat beberapa pandangan ulama: Imam Malik,Imam Syafe'i, jumhur ulama salaf dan khalaf berpendapat tidak jatuh kafir sebaliknya menjadi fasik dan diarahkan supaya bertaubat orang tersebut. Andaikata ia enggan bertaubat maka hendaklah ia dibunuh dengan dipancung. Manakala sebahagian dari golongan salaf menghukumkan kafir orang yang meninggalkan sembahyang disebabkan oleh malas. Pendapat ini diriwayatkan dari Saidina 'Ali k.w.dan Imam Ahmad bin Hanbal. Manakala Abu Hanifah dan sekumpulan ulama dari Kufah berpendapat tidak kufur dan tidak dihukun bunuh sebaliknya dikenakan hukuman ta'kzir dan dipenjara sehingga ia mahu menunaikan kewajipan sembahyang.

Kesimpulan

Oleh kerana sembahyang merupakan tiang agama, dan hukum meninggalkanya terlalu berat, maka wahai saudara ku sekelian! Sebelum terlambat marilah kita bersegera menunaikan hak Allah S.W.T ke atas kita dengan mengerjakan sembahyang. Kerana Allah S.W.T. telah memperingatkan kepada kita dengan firmanNya yang antara lain bermaksud: "Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka"

A. Definisi & Pengertian Sholat Fardhu / Wajib Lima Waktu

Menurut bahasa shalat artinya adalah berdoa, sedangkan menurut istilah shalat adalah suatu perbuatan serta perkataan yang dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam sesuai dengan persyaratkan yang ada.

B. Hukum, Tujuan dan Syarat Solat Wajib Fardhu 'Ain

Hukum sholat fardhu lima kali sehari adalah wajib bagi semua orang yang telah dewasa atau akil baligh serta normal tidak gila. Allah berfirman dalam surat al Baqarah ayat 110:”dan dirikanlah sholat…”.

Bahkan shalat termasuk rukun islam yang 5 karena Rasululloh Shallallahu Alaihi Wa Sallam bersabda : ”Islam didirikan diatas lima perkara yaitu bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan shalat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitullah dan berpuasa pada bulan ramadhan” (HR. Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Umar radhiyallahu anhu).

Tujuan shalat adalah untuk mencegah perbuatan keji dan munkar.

Untuk melakukan shalat ada syarat-syarat yang harus dipenuhi dulu, yaitu :
1. Beragama Islam
2. Memiliki akal yang waras alias tidak gila atau autis
3. Berusia cukup dewasa
4. Telah sampai dakwah islam kepadanya
5. Bersih dan suci dari najis, haid, nifas, dan lain sebagainya
6. Sadar atau tidak sedang tidur

Syarat sah pelaksanaan sholat adalah sebagai berikut ini :
1. Masuk waktu sholat
2. Menghadap ke kiblat
3. Suci dari najis baik hadas kecil maupun besar
4. Menutup aurat

C. Rukun Shalat

Dalam sholat ada rukun-rukun yang harus kita jalankan, yakni :
1. Niat
2. Berdiri bagi yang mampu
3. Takbiratul ikhram
4. Membaca Al-fatehah
5. Ruku’
6. I’tidal
7. Sujud
8. Duduk diantara dua sujud
9. Duduk pada tasyahud akhir
10. Membaca tasyahud akhir
11. Membaca shalawat Nabi
12. Salam
13. Tertib

D. Yang Membatalkan Aktivitas Sholat Kita

Dalam melaksanakan ibadah salat, sebaiknya kita memperhatikan hal-hal yang mampu membatalkan shalat kita, contohnya seperti :
1. Sengaja berbicara
2. Bergerak yang bukan gerakan shalat berturut-turut sebanyak 3 x
3. Berhadats kecil atau besar
4. Terkena Najis
5. Terbukanya aurat dengan sengaja
6. Berbah Niat
7. Membelakangi kiblat
8. Makan atau minum dengan sengaja walaupun sedikit
9. Tertawa terbahak-bahak
10. Murtad
11. Meninggalkan salah satu rukun dengan sengaja
12. Mendahului Imam sebanyak 2 rukun.
 

Kata-kata hukama menyebutkan "Sembahyanglah anda sebelum anda disembahyangkan".

Mudah-mudahan kita diperlihara dan diberikan taufik dan hidayah dalam melaksanakan ibadah sembahyang

Seksaan-seksaan yang ditanggung oleh mereka yang meninggalkan solat

Seksa semasa di Dunia

Para sahabat bertanyakan,apakah seksa yang didapatinya(orang meninggalkan solat) semasa di dunia,jawab Nabi SAW:

1.Hilang berkat umurnya(hidupnya cuma dengan kekosongan, walaupun kelihatan hidupnya mewah,kemewahanya itu hanya istidraj belaka).

2.Hilang keberkatan rezekinya(rezekinya terbuang kepada sia-sia belaka,walaupun ia kaya raya tetapi kekayaannya itu menjadi laknat baginya.)

3.Dihilangkan ALLAH tanda orang soleh pada mukanya.

4.Tidak diakui ia masuk golongan Islam(ia termasuk kepada golongan MUNAFIQ,zahirnya sahaja Islam,batinnya MUNAFIQ).

5.Segala amal baik yang dikerjakannya(sedekahnya dan lain-lain)tidak memperolehi pahala.

6.Doanya tertolak Menurut yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a,katanya telah mendengar Rasulullah saw bersabda-“Bermula orang meninggalkan sembahyang itu ia dari golongan Islam,Allah tidak menerima tauhid dan imannya dan tidak ada faedah sedekah,puasa dan syahadatnya.”

Seksa semasa Sakratul Maut

Kemudian bertanya lagi para sahabat,’Ya Rasulullah,apa pula seksa yang akan diterimanya sewaktu hampir ajalnya?” Jawab RASULULLAH SAW:

1.    Adalah matinya dalam kehinaan(yakni pencabutan ruhnya dengan tidak ada belas kasihan).

2. Matinya dalam kelaparan(maksud kelaparan di sini bukan kerana tiada makanan yang sedia,tidak,hanya makanan cukup,tetapi nafsunya tiada lagi,perut lapar tetapi tidak dapat memakan sesuatupun kerana hebat sakitnya sewaktu ruhnya akan keluar).

3.   Matinya juga dalam dahaga,dan kalaupun sekiranya diminumkan air yang ada didunia ke mulutnya sekalipun,tidak bisa menghilangkan kedahagaannya kerana sakit penanggungannya di waktu sakratulmaut itu.

Ada riwayat yang menjelaskan bahawa kepada orang yang meninggalkan sembahyangnya akan Allah perintahkan seekor ular besar.”SUJA’UL AKRA” namanya. Mata ular itu dari api,sedang ular itu bertangan dan berkuku daripada besi,lain dari yang lain.Suja’ul Akra ni membawa alat pemukul dari besi yang berat.Ia akan berkata kepada mayat itu dengan suaranya yang bagaikan halilintar,katanya: “Aku disuruh Tuhanku untuk memukul engkau sebab engkau meninggalkan fadhu Subuh sehingga waktu Zuhur,kemudian dari Zuhur ke Asar,dari Asar ke Maghrib,dari Maghrib ke Isya’ dan dari waktu Isya’ hingga sampai ke Subuh lalu “Suja’ul Akra” itu memukul si mati, setiap kali dipukul lenyap terbenam ke bumi sedalam beberapa ratus hasta. Kemudian dikeluarkannya dengan kuku besinya itu,lalu bertanya seperti permulaan dan dipukul lagi dengan hebat dan dahsyatnya sekali. Demikianlah terus menerus hari demi hari sehingga ke Kiamat kelak (Naudzu billahi min dzalik).Ada juga orang-orang kurang yakin adanya azab atau siksa di kubur itu.

Seksa semasa Bertemu Tuhannya

Adapun seksa ketika bertemu dengan Tuhannya di Hari Kiamat kelak, maka datanglah seorang malaikat yang menyeksanya yang padanya rantai panjang. Rantai itu diikatkan ke leher orang yang meninggalkan sembahyang itu seraya dimasukkan ke mulutnya  dan keluar langsung dari duburnya.Dengan demikian ia ditarik-tarik dan disentap-sentapkan, hal keadaannya tunggang-langgang dan malaikat yang menghelanya itu berteriak-teriak katanya: “Inilah balasan bagi orang yang meninggalkan sembahyang yang difardhukan". Kemudian langsunglah orang itu ditarik serta dihumbankan ke Neraka Jahanam yang bernama “Saqar”.

Kedua, keluar dari seksanya kelak, tidaklah Allah mengampuni ke atasnya dan bagi mereka yang meninggalkan sembahyang itu,seksa dan azab yang hebat dan pedih.

Ketiga, nanti sewaktu di Hari Kebangkitan,Allah tidak menaruh rahmat serta belas kasihan kepadanya.

Kisah Pengajaran orang yang meninggalkan Solat

Baik juga rasanya jika dikemukakan satu cerita yang terjadi di zaman Khalifah Abu Bakar,bagaimana hebatnya terjadi terhadap seorang mayat yang salah satu sebab ianya terseksa adalah kerana meninggalkan sembahyang.

Ada seorang penduduk di zaman Khalifah Abu Bakar meninggal dunia.Setelah dimandikan dan dikafani telah diletakkannya di sudut rumah dengan maksud hendak disembahyangkan.Apabila yang hadir telah bersaf-saf hendak memulakan sembahyang mayat itu, tiba-tiba kafan si mati nampaknya bergerak-gerak sehingga mereka yang berada di samping mayat takjub dan kehairanan melihatnya.Mereka sama serentak saling berbisik dan bertanya dan semua menyangka bahawa si mayat hidup kembali. Salah seorang daripada mereka maju ke hadapan dan mengurai ikatan kafannya sambil yang lain-lain sama mendekati jenazah itu.Alangkah terperanjatlah mereka apabila kafan si mayat sudah terbuka, dilihat mayat masih tetap mayat hanya dalam kafan menyelubungi tubuh mayat tersebut seekor ular,seraya menggigit seluruh tubuh si mayat.Serentak mereka yang hadir di sana menyuruh diambil kayu untuk memukul ular tersebut

.Belum sempat mereka mendapatkan kayu itu,sang ular lantas berkata dengan fasihnya-“Asyhadu allaa ilaaha illallah,wa-asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.Apakah sebabnya kamu hendak membunuh aku.Aku tidak bersalah dan menyakiti kamu.Aku hanya menjalankan perintah Allah menyeksa mayat ini.Aku disuruh menggigitnya dan menyeksanya hingga ke Hari Kiamat.”

Orang ramai berasa hairan lalu bertanya-“Apakah sebabnya maka engkau disuruh menyeksa mayat saudara kami ini?Apakah dosa dan kesalahan mayat ini?

Jawab ular itu-“Mayat ini hayatnya berbuat 3 macam kesalahan yang menyebabkannya diseksa.”

“1. Dia mendengar azan tetapi tidak dihiraukan dan tidak dia pergi menunaikan solat dengan berjemaah.

2. Ianya enggan mengeluarkan zakat hartanya.

3.Tidak mahu mendengar nasihat baik dari para alim ulama.Maka oleh itulah ianya diseksa sedemikian rupa.”

Demikianlah menurut kisahnya yang terjadi di zaman itu.Harapnya menjadi perhatian kita hendaknya.Barangkali kisah yang diceritakan cukuplah mendorong keinsafan bagi kita ,diteliti bagaimana hebat penderitaan seksanya. “BERSEGERALAH BERTAUBAT SEBELUM TIBANYA AJAL MAUT”

*Ulasan hadits dan kisah Pengajaran yang diceritakan tidak dinyatakan sumbernya,diharap para pembaca yang mengetahuinya dapat maklumkan,namun pengajaran yang terdapat didalamnya boleh diambil iktibar dan teladan buat peringatan-editor.

Nisbah Dosa Bagi Orang-Orang Yang Meninggalkan Sembahyang Setiap Waktu

SUBUH : Ia akan disiksa selama 60 tahun di dalam neraka.

ZUHUR : Dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam.

ASAR : Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah.

MAGHRIB : Dosanya seperti ia berzina dengan ibunya (jika lelaki) atau berzina dengan bapanya (jika perempuan).

ISYAK : Allah tidak redha ia hidup di bumi Allah ini dan digesa agar mencari bumi lain.

 

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel: 

Wirid dan Doa selepas Sembahyang

 

Artikel disunting dari :

http://karkunbitara.tripod.com

http://halaqah.net

http://wardah86.blogspot.com

http://syafiqaizatmf.wordpress.com

http://els.fk.umy.ac.id

http://ismulhaq.com

 

 

Add comment


Security code
Refresh